Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
My Love Is Yours :)

the best day ever !
Monday 3 September 2012 | 09:05 | 0 comments


heyy guys , eyra nk story sikit ... maaf kalau ter-update lambat , eyra tak ada masa free sebab now eyra tengah trial ~ apa-apa pun , cerita eyra kali nie memang eyra exited gilaa-gilaa nak tulis .. bukan selalu pun benda nie teradi pada diri eyra .. ini FIRST TIME ehh , terima kasih kepada si-dia ~ ( 31.08.2012 )

eyra dengan dia dah decide nak hang-out hari jumaat , pukul 2.30 petang .. kami jumpa di stesen LRT and gerak pergi VIVA sama-sama .. dia kata , dia nak tengok wayang ~
kami sampai di tempat tuu dalam pukul 3 .. masa nak naik jejantas , dia boleh pulak stop and kata ,
" tengok kiri kanan , kereta banyak nie " haha , boleh pulak macam tuu ~ jejantas dekat atas kut , tak payah nak tengok kiri kanan pun tak pe .. bila dah sampai dalam mall tuu , kami jalan-jalan sambil cari kaunter wayang .. bila dah jumpa , kami tak tahu cerita apa yang nak ditengok .... actually , dalam hati eyra memang tak nak tengok wayang .. duit dalam purse ada rm30 je ~ tapi bila dia dah nak tengok sangat , eyra pun terpaksalah tengok ... dia pilih cerita seram , sebab cerita tuu aje yang paling awal ditayangkan .. so , nak tak nak eyra terima aje laa .. time nak bayar duit , eyra ingat eyra kena bayar sendiri tiket wayang tuu .. rupa-rupanya , dia belanja ~ :') dalam hati memang nak keluarkan duit yang ada , tapi bila dia dah hulur dulu dekat abang kaunter , eyra redha jee .. abang tuu siap cakap " dia nak jadi romantik sikit , adik belanja dia popcorn pulakk " masa tuu memang nak gugur jantung eyra , tapi nasib baik sempat cover ~~

lepas pilih movie , dia cakap nak pergi makan .. so , eyra pun terfikirlah jugak .. nak cari SUBWAY dekat mana ? memang eyra tak nampak kedai subway pun dekat situu .. malam sebelum nak keluar dia ada cakap , dia nak makan subway .. bila dah jalan-jalan , kami jumpa KENNY ROGERS ROASTERS .. then , dia tarik eyra masuk dekat tempat tuu .. bila fikir-fikir balik , otak eyra tengah dok mengira " cukup kea duit aku nak makan kat tempat mahal cenggini ? " hurmphh , jawapannya memang tidak laa kan ~ eyra buat alasan yang eyra dah kenyang tapi dia buat-buat tak dengar .. dia suruh jugak eyra pilih .. makin ke belakang page yg eyra bukak dalam menu tuu , makin tinggi pulak harga dia .. so , tutup je laa buku tuu ! haha , last-last dia yang pilihkan untuk eyra .. MAKARONI WITH CHEESE for me and NASI AYAM BLACK PEPPER for him .. tak lupa jugaa , dia order ICE LEMON TEA for us ~

bila makanan dah sampai , eyra rasa berat hati pulak nak makan .. dok mengira berapa jumlah yang nak dibayar .. so , eyra tengok je laa dia makan .. then , masa dia perasan eyra tak usik pun makanan .. dia terus tolak pinggan and tak makan sekali .. time tuu memang eyra rasa serba salah sangat .. eyra bagi alasan yang eyra tak makan makaroni .. cepat-cepat dia tukarkan makanan kami .. so , eyra pun makan laa sesuap nasi dia tuu .. eyra memang tak ada selera nak makan sebab eyra tahu harganya mahal .. eyra memang tak pernah makan makanan semahal tuu , otak eyra pun ligat berfikir untuk suapkan dia makan .. jadi , eyra tak payah laa makan makanan tuu kann .. (: sekaliiii , dua kaliiii , tiga kaliiii ......... masuk kali ke empat , dia mula tolak .. entah kenapa tiba-tiba dia pulak nak suapkan eyra .. cadang nak tolak suapan tuu , tapi sebab nak jaga perasaan dia kann .. eyra bukak laa mulut ~ bila dah lama-lama , kami mula main suap-suap .. waiter yang ada kat situu punn senyum-senyum je tengok kami .. daripada suap pakai sudu ke sudu , boleh tertukar tangan ke tangan pulak .. aduhhh , memang tak boleh lupa ! :')

lepas habis makan , dia panggil waiter untuk bayar ~ eyra mula laa cuak , nak tahu jugak berapa ringgit makanan yang kami order .. tapi , resit tuu waiter tunjuk dekat dia je .. eyra tak dapat nak tengok .. tapi eyra sempat nampak dia keluarkan not rm50 .. dia tanya lagi " berapa tak cukup " , then waiter tuu cakap lagi berapa ringgit pun eyra tak tahu .. masa dia tengah seluk poket , eyra terus keluarkan not rm10 and bagi cepat-cepat dekat waiter .. dia pun tersenyum , memang exited gilaa cara eyra bagi duit dekat waiter masa tuu , nampak sangat eyra beria-ia nak bayar .. haha ~

masa tuu dah pukul 3.55 ~ so , movie start pukul 4.15 .. adalah sikit masa nak beli popcorn and air .. eyra suruh dia masuk panggung dulu tapi dia tak nak .. terpaksa laa dia beratur panjang dengan eyra .. masa nak pilih popcorn , eyra ingat nak belikan dia yang large punya , tapi dia main sedap mulut aje order yang small .. so , tak boleh nak kata apa laa .. janji popcorn tuu eyra yang bayar .. haha , masa masuk dalam panggung , movie tuu dah start .. tempat tuu gelap laa pulak .. memang susah nak cari " site " kami .. yang dia pulak main duduk aje dekat SITE COUPLE .. eyra pulak memang tak ada pengalaman nak mencari site dalam panggung .. so , eyra ikut aje laa kat mana dia duduk .. masa kami duduk , dia cakap " awak , kalau awak nak tidur .. tidur dekat sini tau ~ " ( sambil tepuk bahu dia ) time tuu , eyra tergamam gilaa-gilaa .. memang tak tahu nak cakap apa lagi dah .. eyra pandang aje screen besar tuu .. masa dia makan popcorn , sempat pulak dia suapkan popcorn dalam mulut eyra .. memang tak percaya , " dia suapkan eyra lagi ???? " ouhhhh , hati dah mula cair .. bila dia minum air pulak , dia bagi jugak dekat eyra .. nak tak nak eyra sambut and terus minum .. tiba-tiba eyra rasa macam nak membuang .. sound dalam panggung tuu punya laa kuat , sampai nak pekak telinga eyra ouhh .. eyra pun bisik kat dia nak pergi toilet .. then , masa on the way ke toilet .. eyra tertanya , " aku bisik dekat telinga dia ??? " OMG ! tergamam lagi ~ bila dah masuk balik panggung , dalam diam eyra terfikir .. manalah tahu jika nie kali pertama and kali terakhir kami keluar bersama , eyra tak kan rasa perasaan tuu lagi .. alang-alang dia dah bagi kebenaran landing dekat bahu dia kann , eyra punn terus lentokkan kepala .. mata eyra terus terpejam ~ tak pernah eyra buat dekat mana-mana lelaki punn macam tuu .. at least , boleh buat kenangan kann :')

tak sampai 15 minit , movie tuu pun habis ~ dalam hati terfikir jugak .. " boleh tak kalau movie tuu dipanjangkan 2jam lagi ?? " hurmphh , redha je laa .. dah tiba masa untuk balik kann ~ masa sampai dekat LRT , hati eyra macam tak nak lepaskan dia pulakk .. rasa macam nak putarkan balik masa-masa kami bersama ... tapi eyra nie cuma manusia biasa ~ memang tak kan dapat buat perkara yang mustahil macam tuu .. apa-apa punn , ucapan salam dan terima kasih telah menutup kisah kami :')

well , habis sudah cerita eyra .. ini cerita yang terpanjang pernah eyra tulis kann ~ buat si dia , maaf dipohon sekiranya ada yang terlebih dan terkurang dalam diri ini .. saya cuma manusia biasa yang sering melakukan kesilapan .. maaf juga andai terkasar bahasa , juga tergedik masa suapkan awak makanan dan melentokkan kepala di bahu awak .. mungkin bagi awak , ianya tidak menimbulkan sebarang perasaan kerana kita hanya keluar sebagai kawan .. tapi bagi saya , hanya Tuhan saja yang tahu ....... :')

salam sayangg :-
lotta sheyra

Older Post
Disclaimer



Bonjour fellas ! Thank you for your visit and do leave your footprint on my tagboard . *wink


Tagboard